Limassol, Cyprus — 12 September 2024 — Ultima Markets, broker forex dan CFDs yang terkemuka didunia, teruja untuk mengumumkan kejayaan berganda di Global Forex Awards – Retail 2024 yang berprestij. Syarikat telah memenangi dua anugerah cemerlang: “Best Affiliates Brokerage – Global” dan “Best Fund Safety – Global.”
Anugerah-anugerah ini telah disampaikan semasa acara di Limassol, Cyprus, dimana Jean Philippe, Director of Corporate Governance dan Sustainability di Ultima Markets, menerima penghormatan ini.
‘The Global Forex Awards – Retail telah meraikan kecemerlangan di dalam perdagangan inovasi selama tujuh tahun berturut-turut. Kemenangan berganda Ultima Markets menunjukkan komitmen kami yang berkualiti, strategi yang tertumpu pada pelanggan, dan gabungan teguh di seluruh sektor perkhidmatan kewangan.
Penghargaan “Best Affiliates Brokerage—Global” mengiktiraf program affiliate terbaik, yang telah berjaya mendorong perkembangan global. Program ini diraikan kerana ketelusan, ganjaran menarik, dan pelbagai instrumen dagangan mengikut keperluan para affiliate.
Tambahan lagi, penerimaan anugerah “Best Fund Safety – Global” menyerlahkan lagi usaha Ultima Markets dalam melindungi aset-aset pelanggan. Melalui usahasama dengan Willis Towers Watson, syarikat menyediakan insuran sehingga USD$1,000,000 bagi setiap akaun, sementara keahlian di dalam The Financial Commission memastikan pelanggan boleh mendapatkan dana pampasan sehingga €20,000.
Semua penghargaan ini menunjukkan keutamaan Ultima Markets dalam keselamatan dan ketelusan operasi, termasuk akaun berasingan dan amalan pengurusan risiko yang menyeluruh, memberi pedagang keyakinan dalam keselamatan dana dan integriti operasi, disamping komitmen terhadap rakan kerjasama.
Mengulas mengenai anugerah-anugerah ini, Jean Philippe berkata, “Anugerah-anugerah ini menunjukkan usaha cemerlang pasukan kami untuk memastikan keselamatan dana pedagang dan dedikasi kami untuk memberikan yang terbaik untuk rakan kongsi dan pelanggan. Langkah-langkah keselamatan yang kuat dan kerjasama mendorong kejayaan kami; anugerah ini adalah bukti pendekatan kami. Kami akan sentiasa terus berkembang dan berinovasi untuk memenuhi permintaan pasaran.
Pengiktirafan berganda ini menandakan pencapaian penting perkembangan global di Ultima Markets dan mengesahkan reputasi syarikat untuk memberi penyelesaian inovatif dan peluang affiliate yang besar. Ia menguatkan komitmen nilai-nilai utama syarikat, termasuk integriti, ketelusan, dan keutamaan pelanggan.
Ultima Markets terkenal dengan pelbagai pilihan produk dagangan dan perkhidmatan yang khusus, dicipta untuk memenuhi pelbagai kehendak pelanggan diseluruh dunia. Dengan teknologi pesat dan sokongan yang dedikasi, Ultima Markets memberi keyakinan kepada pelanggan untuk meluaskan peluang dan mencapai matlamat kewangan mereka.
“Kami gembira dengan pengiktirafan anugerah-anugerah ini, menunjukkan misi kami untuk membentuk persekitaran dagangan yang selamat dan kukuh, kerjasama yang bermanfaat,” kata Jack Li, Regional Business Director Ultima Markets. “Anugerah-anugerah ini mengesahkan dedikasi kami untuk mengekalkan standard industri yang tertinggi.
Ultima Markets menyediakan persekitaran kos dan pertukaran yang paling kompetitif untuk komoditi lazim di seluruh dunia.
Mohon sekarangMemantau pasaran secara terus
Pasaran terdedah kepada perubahan dalam penawaran dan permintaan
Menarik kepada pelabur yang hanya berminat dalam spekulasi harga
Kecairan mendalam dan pelbagai tanpa yuran tersembunyi
Tiada dealing desk dan tiada sebut harga semula
Pelaksanaan pantas melalui pelayan Equinix NY4